LAMAN UTAMA   Anda dikenalkan oleh

SKYRUNNER MALAYSIA


 

STATISTIK WEB

Pelawat Online : 1
Jumlah Lawatan : 34209
Tarikh : 20/04/2014
IP : 174.129.80.166

 

DI BERNAMA TV


[Klik Untuk Lihat Video]

 

DI MY TV3


[Klik Untuk Lihat Video]

 

DI RTM 1


[Klik Untuk Lihat Video]

 

GALERI TOGOU MARTIAL ART

 

KERJASAMA BERSAMA



Untuk sebarang maklumbalas & tempahan,
sila hubungi:-

LAMUNING RESOURCES SDN. BHD.
(976682 P)

No. 228 Jalan S2/E9, Garden Homes Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus,
Malaysia.
Telefon
: 06-601 7834
Faks
: 06-601 6594
Hotline :
019-662 7369
Email : Admin@Lamuning.com

 


 

Bersandarkan impian melahirkan masyarakat 1 Malaysia yang peka pada budaya amalan hidup sihat dengan keinginan menikmati kehidupan yang lebih selesa dan memiliki kebebasan sepenuhnya, Lamuning Resources Sdn. Bhd. kini mewujudkan peluang membina kerjaya dengan kehebatan produk yang berinovatif dalam sebuah budaya korporat yang menekankan nilai-nilai kerohanian dan jasmani. Impian ini bakal direalisasikan dengan kemunculan produk hebat sukan extreme terkini “Skyrunner” yang dibawa terus kepada 1 Malaysia oleh Lamuning Resources sebagai pengedar tunggal di pasaran Malaysia dari pembuat dan pengeluar sebenarnya Powerwell Bowei di Zhejiang, China.

“Skyrunner” keluaran Zhejiang Powerwell Bowei ini memiliki pelbagai sijil akuan produk seperti Skyrunner SGS, ISO9001, Skyrunner CE, Patern 1, 2 dan 3, Test Report 1, 2 dan 3 dan SGS Test Report 1, 2 dan 3 yang dipaparkan di laman web Zhejiang Powerwell Bowei. “Skyrunner” juga dianugerahkan Sijil Penghargaan Olimpik 1 dan 2 oleh kerajaan Negara China kerana kehebatannya telah terbukti semasa majlis penutupan penuh gilang gemilang Sukan Olimpik Beijing 2008 hasil persembahan yang menakjubkan oleh 199 penuntut dari Sekolah Shoalin Tagou Martial Art.
 


 

Seiring rentak muzik, mereka melompat setinggi 2 meter di udara dan melakukan pelbagai variasi gerakan akrobatik yang mengkagumkan seluruh penonton di dalam Stadium Sarang Burung, Beijing dan yang mengikuti acara tersebut secara langsung di kaca-kaca televisyen di seluruh dunia. Hari ini, “Skyrunner” telah terpasar di 109 buah negara di seluruh dunia. Kehebatan “Skyrunner” dan keseronokan menggunakannya pasti akan memberi satu pengalaman baru kepada masyarakat 1 Malaysia kerana kemunculan ‘Skyrunner” adalah untuk memberi manafaat dalam pelbagai aspek kehidupan dari segi kesihatan, mental, fizikal dan jati diri.
Kini produk hebat “Skyrunner” dengan trademark “Lamuning Resources” untuk menjamin keasliannya dibawa kepada 1 Malaysia bersama gabungan kepintaran inovasi teknologi ICT masa kini yang penuh kebijaksanaan hasil usaha gigih ilmuan tempatan. Gabungan kehebatan dan kepintaran ini bakal menjanjikan kemunculan sebuah masyarakat Malaysia yang mengamalkan budaya hidup sihat penuh kekuatan ekonomi sebagai menyahut seruan kerajaan ke arah membudayakan amalan hidup sihat dikalangan masyarakat Malaysia.
 

 
Seiring era pengembangan teknologi tinggi pelbagai bidang masa kini, Lamuning Resources Sdn. Bhd. melakukan pelaburan besar berganding membina dan memanafaatkan kemajuan ilmuan tempatan dalam bidang inventor ICT. Lamuning Resources Sdn. Bhd. muncul dengan matlamat dan hala tuju yang sangat jelas mendukung gagasan Pelan Tranformasi Ekonomi negara dan membudayakan amalan hidup sihat dikalangan masyarakat 1 Malaysia. Tanpa menoleh kebelakang, Lamuning Resources Sdn. Bhd. terus mengorak langkah berani dengan kehebatan produk dan inovasi teknologi, komitmen dan keyakinan tinggi untuk membina satu sistem korporat yang terbaik melangkau impian.
Justeru itu, Lamuning Resources Sdn. Bhd. kini sedang bergerak ke arah matlamat untuk melahirkan satu kumpulan rakan niaga yang sentiasa berkerjasama dengan pandangan yang jauh dan penuh kepercayaan. Berlandaskan kejujuran, amanah dan komited untuk mencipta keunggulan dengan berpegang kepada taraf profesionalisma yang tinggi sejajar keinginan “Bersama Mencipta Kegemilangan” seiring langkah wawasan pemimpin negara ke arah Malaysia maju 2020.

AWAS!!! PRODUK TIRUAN
SKYRUNNER ADALAH 1 JENAMA. SKYRUNNER DENGAN TRADEMARK LAMUNING RESOURCES MERUPAKAN SKYRUNNER YANG ASLI DARI ZHEJIANG POWERWELL BOWEI PEMBUAT DAN PEMBEKAL SKYRUNNER SEBENAR SUKAN OLIMPIK BEIJING 2008. PASTIKAN KETULENAN SKYRUNNER ANDA HANYA DARI LAMUNING RESOURCES PEMBEKAL DAN PENGEDAR TUNGGAL BERLESEN DI MALAYSIA.


 

Original Beijing 2008 Olympic Games
Skyrunner Manufacturer
Authorized Sole Distributor
(Malaysia)
ShuangLuTing Industrial Zone,Wuyi, Jinhua, Zhejiang, 321200, China No. 228 Jalan S2/E9, Garden Homes Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia.